Impian Malaysia Masih Boleh Berlaku Pada PRU-14, Kata Kit Siang

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 5:56 PM

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta supaya ketetapan yang lebih kuat dan komiten untuk terus memburu 'Impian Malaysia' menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

"Nampaknya ramai yang kecewa dengan kematian Pakatan Rakyat, namun ini bukan alasan untuk merasa sedih dan kecewa di saat sepatutnya wujud ketetapan yang lebih kuat serta komitmen untuk terus memburu Impian Malaysia yang inklusif ke arah perpaduan, keadilan, maruah dan kemakmuran buat semua rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-14," katanya menerusi kenyataan di blognya, blog.limkitsiang.com pada Khamis.

Beliau berkata, DAP akan bekerjasama dengan parti-parti politik dan kuasa-kuasa politik yang sependapat, demi membawa muafakat politik baru yang komited terhadap prinsip-prinsip tersebut dan wawasan Impian Malaysia.

"Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat, tetapi bersedia bekerjasama dengan kuasa-kuasa politik dan rakyat Malaysia yang komited terhadap dasar bersama tersebut, termasuklah ahli-ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak dan mengabaikan dasar bersama tersebut," katanya.

Menurut Lim, 'kemunculan' rang undang-undang persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pelaksanaan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen sepanjang dua hari lalu, yang berakhir hari ini adalah isyarat kepada dua perkara:

"Hadi diberikan imbalan atas perubahan pendirian politiknya, di mana Umno dibahasakan dengan cara terhormat, manakala DAP dipersetankan dengan bahasa yang kasar pada Muktamar PAS (baru-baru ini)," katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, DAP tidak ada masa untuk bersandiwara politik seperti usul Muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan seruan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang meminta Majlis Syura untuk bertemu segera bagi membincangkan usul Muktamar terbabit, sedangkan Majlis Syura masih belum dibentuk.

Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan