Keputusan DAP Keluar Pakatan Sokongan Terhadap Pendirian DAP Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 10:40 PM

Chong Chieng Jen.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat adalah tanda sokongan terhadap keputusan parti itu di Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat, awal tahun ini.

Pada 27 Mac lalu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen memberitahu ahli jawatankuasa parti negeri itu sebulat suara memilih untuk keluar pakatan pembangkang.

"Pada dasarnya, keputusan pihak CEC menyokong pendirian DAP Sarawak yang dibuat sebelum ini.

"PKR perlu menerima Pakatan sudah terkubur, bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga peringkat kebangsaan. Tindakan PAS melanggar rangka kerja dasar bersama secara berterusan menamatkan riwayat Pakatan," kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.

Beliau berkata, selagi PKR bekerjasama rapat dengan PAS Sarawak, DAP tidak akan menjalin kerjasama dengan PKR.

"Ia akan menjadi senario yang tidak masuk akal untuk DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS, tetapi masih bekerjasama dengan PKR yang masih berhubungan dengan PAS. Saya menggesa PKR untuk memutuskan hubungan dengan PAS supaya kita dapat bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional," katanya.

Menurut beliau, sekiranya PKR terus bekerjasama dengan PAS 'ia hanya akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan'.

Sejak Mac lalu, DAP Sarawak tidak menyertai mesyuarat yang dikendalikan PKR dan PAS.

Tidak lama selepas keputusan parti itu, PKR memberitahu media bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk meletak calon di kerusi DAP dan sekitar Sibu pada pilihan raya negeri yang akan datang.
Tags / Kata Kunci: CEC DAP , Pakatan Rakyat , PAS , PKR

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan