Setem 50 Sen Hantar Kad Raya

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meneruskan caj istimewa sebanyak 50 sen bagi penghantaran setiap kad ucapan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengurusan Produk Mel Pos Malaysia, Mohd Zaki Mohd Nasir berkata, tawaran berkenaan adalah untuk semua saiz kad yang beratnya tidak melebihi  50 gram.

Beliau berkata tawaran itu bermula 18 Jun sehingga 13 Julai.

Tahun ini Pos Malaysia menjangka akan memproses kira-kira 2.6 juta kad hari raya, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: kad raya , setem , Pos Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan