1,800 Anggota JPJ Pantau Laluan Berisiko Bermula Awal Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Sebanyak 1,800 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan ditugaskan mengawasi laluan berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara bermula awal Ramadan ini sehingga musim perayaan Aidilfitri, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata rondaan dan pemantauan itu meliputi jalan utama, jalan persekutuan, jalan negeri serta lebuh raya.

"Jika sebelum ini kita melakukan operasi seminggu sebelum dan selepas raya namun pada tahun ini bermula awal Ramadan kita telah memulakan rondaan dan pemantauan.

"Kita memfokuskan kawasan yang kerap berlaku kemalangan seperti kawasan lebuh raya dan sebagainya kerana aliran trafik dijangka meningkat bermula bulan puasa sehingga sambutan hari raya," katanya kepada pemberita pada majlis naik taraf litar memandu PSM di sini.

Katanya, rondaan dan pemantauan akan dijalankan 24 jam bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Ismail berkata sebanyak 1,000 anggota sukarelawan Skuad Muda 1JPJ akan digerakkan membantu pegawai penguat kuasa agensi itu dalam operasi sepanjang musim perayaan.

Katanya, skuad muda ini juga akan membantu memberi kesedaran tentang kesalahan lalu-lintas dan kempen keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.

"Dengan inisiatif yang dilaksanakan ini kita berharap agar pengguna yang sering melakukan kesalahan dapat dididik dan sekaligus mengurangkan kemalangan," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ramadan , JPJ , Ismail Ahmad

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan