Bubur Lambuk Masjid Jamek Kampung Baru Diagih Mulai 1 Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 7:00 AM

Peralatan dapur di Masjid Jamek Kampung Baru siap diatur untuk memulakan operasi mulai 1 Ramadan ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya beberapa hari sahaja menjelang Ramadan, pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru semakin sibuk memastikan persiapan untuk menyediakan bubur lambuk berjalan lancar.

Sinonimnya masjid ini dengan tradisi memasak dan mengagih bubur lambuk bagai tidak dapat dipisahkan dan seperti tahun sebelumnya, ahli jawatankuasa masjid ini tetap melaksanakan tanggungjawab untuk merealisasikannya mulai Khamis ini.

Sebagai individu yang mengetuai jawatankuasa perayaan masjid itu, Moiden Ali berkata, bahan-bahan bagi menyediakan bubur lambuk telah disiapkan secara berperingkat-peringkat.

"Setakat ini kami telah menyediakan bahan-bahan kering seperti rempah-ratus bagi pengagihan bubur lambuk selama 15 hari, manakaka bahan lain seperti beras, minyak, dan gas masak akan ditaja beberapa pihak.

"Kami akan mula memasak serta mengagihkan bubur pada hari pertama Ramadan.

"Selalunya kami akan menyediakan 15 hingga 20 periuk bubur lambuk pada hari pertama sehingga pertengahan bulan Ramadan tetapi jumlah tersebut akan berkurangan menjelang penghujung bulan puasa," kata nya ketika dihubungi mStar Online.


Sebahagian bahan yang digunakan untuk memasak bubur lambuk dikumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

Moiden menjelaskan, hampir 30 kakitangan diperlukan untuk memasak serta mengagih bubur lambuk kepada orang ramai.

"Antara lapan hingga 10 orang akan ditugaskan untuk memasak bubur lambuk pada sebelah pagi dan 10 lagi akan membungkus bubur tersebut, manakala lapan yang lain akan ditugaskan mengagih bubur lambuk kepada orang ramai," katanya.

Dalam pada itu, Moiden berkata, peruntukan bagi pihak masjid untuk menampung kos penyediaan bubur lambuk juga telah disediakan, dimana kali ini ia mencecah antara RM7,500 hingga RM10,000 sehari.

"Kadang-kala ada individu atau syarikat yang akan menaja kos  menyediakan bubur lambuk.

"Sekiranya tiada pihak yang menaja bubur lambuk pada hari-hari lain, maka pihak masjid yang akan menanggung kos tersebut.

"Peruntukan bagi pihak masjid adalah hasil sumbangan orang ramai serta bajet masjid sendiri," kata Moiden lagi.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan