PM Ikrar Derma Organ

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 8:24 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan beberapa Menteri Kabinet yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Rabu.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar sebagai penderma organ.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dalam satu kenyataan pada Rabu, Najib membuat ikrar itu semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di sini.

Ia turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Tan Sri Farida Mohd Ali, katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ikrar itu memberi harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan organ di Malaysia.

Beberapa menteri Kabinet juga telah berikrar sebelum ini iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Kementerian Kesihatan menghargai sumbangan dan sokongan pemimpin tanah air terhadap kempen derma organ yang dijalankan oleh pihak kementerian.

"Saya berharap agar lebih ramai akan tampil ke hadapan secara sukarela bagi membantu pesakit memerlukan," katanya.

Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai derma organ boleh didapati di www.dermaorgan.gov.my atau www.facebook.com/dermaorgan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: derma organ , Ali Hamsa , Perdana Menteri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan