DAP, PAS Punca Tamat Riwayat Pakatan Rakyat - Dr Wan Azizah

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 8:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka menyatakan kekesalannya berhubung tindakan dua sekutunya, masing-masing PAS dan DAP hingga menyebabkan berakhirnya riwayat Pakatan Rakyat.

"PKR kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa.

“Ekoran itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal,” kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kenyataan itu dibuat bagi mengumumkan pendirian PKR seperti mana yang diputuskan pada mesyuarat biro politik parti itu yang berlangsung di ibu pejabat perti itu, malam Selasa.

Bagaimanapun, tegas Dr Wan Azizah, status quo pakatan pembangkang itu masih kekal di Selangor dan Pulau Pinang.

"Atas semangat dan permuafakatan, Pakatan Rakyat di Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus kekal.

"Dan semangat yang sama, serta tertakluk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, parti akan terus memberi sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob," katanya.

Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, PKR akan terus merintis usaha membina permuafakatan parti politik, NGO, kumpulan rakyat dan tokoh berpengaruh untuk menumbangkan Barisan Nasional.

PKR mengadakan mesyuarat pada Selasa selepas DAP menerusi Guan Eng yang juga Setiausaha Agungnya mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.

Menerusi kenyataan sama DAP juga menyuarakan rasa kesalnya terhadap kepimpinan PAS yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berlainan pandangan dalam beberapa isu termasuk krisis Menteri Besar Selangor, hukum hudud serta penerimaan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar PAS baru-baru ini.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pasca Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008 atas initiatif Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan gabungan PKR, DAP dan PAS.

Tags / Kata Kunci: PKR , DAP , PAS , Pakatan Rakyat , Dr Wan Azizah Wan Ismail

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan