Pakatan Rakyat Tidak Wujud Lagi: PKR-DAP Sependapat

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 5:02 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan parti itu berpendirian sama seperti DAP - "Pakatan Rakyat sudah tidak wujud", tetapi menegaskan keretakan hubungan antara parti gabungan pembangkang itu tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan Selangor.

Menurut sumber parti itu, kerajaan Selangor akan terus berfungsi sebagai sebuah gabungan yang tidak terikat, di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

Sumber itu berkata, aturan politik yang unik ini diputuskan pada mesyuarat biro politik parti itu malam Selasa dan dipercayai mendapat persetujuan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kepimpinan DAP dan PAS juga telah dimaklumkan berhubung keputusan yang dijangka diumumkan pada Rabu.

Hubungan antara parti gabungan Pakatan Rakyat semakin retak antara PAS dan DAP selepas tidak sehaluan dalam beberapa isu, termasuk cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

Perbalahan antara kedua-dua parti berkenaan juga menyebabkan pemimpin DAP di Pulau Pinang mendesak kepimpinan PAS yang memegang jawatan di peringkat negeri berkenaan supaya meletak jawatan.


Tags / Kata Kunci: PKR , Pakatan Rakyat , Azmin Ali , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan