Notis Potong Gaji Bagi Penjawat Awam Gagal Bayar PTPTN - KSN

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 10:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata surat berkenaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang.

"Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang," katanya.

Ali sebelum ini dilaporkan berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN hanya akan dilakukan sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah itu.

Tags / Kata Kunci: notis pemotongan gaji , PTPTN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan