Nazir Razak Tidak Terlibat Dengan Spekulasi Penubuhan Parti Baharu

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah parti politik baharu dilaporkan sedang dibentuk, bagaimanapun Datuk Seri Nazir Tun Razak yang pada awalnya disebut-sebut dalam media sosial turut terlibat, sebenarnya tidak ada kena mengena dengan spekulasi tersebut.

Awal pagi ini, heboh di media sosial yang mengaitkan pengerusi CIMB Holdings Bhd itu dengan penubuhan parti politik baharu berkenaan malah menyebut yang Nazir kononnya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh perniagaan di Britain dan Kuala Lumpur bagi membincangkan mengenai penubuhannya.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa Nazir telah menemui Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi 'wajah hadapan' parti berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Saifuddin dilihat sebagai seorang moderat tetapi ia tidak mempunyai pengaruh atau kekuatan yang diperlukan sebagai peneraju untuk meraih sokongan sebaliknya Nazir perlu menjadi penggerak utama atau usaha ini tidak akan terlaksana.

Nazir dan Saifuddin buat masa ini masih gagal dihubungi.

Isu berhubung penubuhan parti baharu ini muncul di tengah-tengah kemelut dan ketengangan dalam Pakatan Rakyat yang menyaksikan DAP pada Selasa mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur.

Tags / Kata Kunci: Nazir Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan