Najib Umum Bantuan Kewangan Khas Sempena Ramadan, Aidilfitri

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 12:39 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pasa Rabu mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.

Beliau turut mengumumkan bantuan khas untuk lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen, dengan bayaran berjumlah RM250.

Kedua-dua pembayaran berkenaan akan dibuat pada 25 Jun, yang melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion, katanya.

"Bayaran ini bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14 di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan daripada RM180 kepada RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 dan ke bawah.

Beliau juga mengumumkan bagi mereka yang mendiami kuarters pula, yang selama ini tidak menikmati imbuhan tetap tersebut, turut mendapat faedah sebanyak 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan sebenar, yang layak bagi mereka.

Najib berkata keputusan yang berkuat kuasa mulai 1 November depan melibatkan lebih 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara, manakala implikasi kewangan pula ialah sebanyak RM1.04 bilion setahun.

Tags / Kata Kunci: Ramadan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan