Kapal Tangki Hilang: Keluarga Doa Mohd Firdaus Selamat

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 9:43 AM

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa petrol dilapor hilang di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis lepas.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keluarga kepada Mohd Nur Firdaus Nawawi Akihito, 24, pegawai dek kapal MT Orkim Harmony yang hilang Khamis lalu, mendoakan keselamatan beliau dan berharap beliau akan selamat.

Di dalam Facebook, bapanya Akihito Nawawi turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak terhadap keselamatan anaknya dan anak kapal yang lain.

"Terima kasih atas keprihatinan serta doa keluarga, saudara mara dan rakan2 terhadap dugaan yang cukup memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga.

"Hari ini masuk hari ke 5. anak saya Mohd Firdaus serta 22 crew Kapal Orkim Harmony masih belum ditemui. Insyallah, semoga semuanya selamat dan kembali ke pangkuan keluarga. We all miss you young boy".

Catatan turut dikongsi ibu Mohd Firdaus, Surayani Daud. Mereka dari Matang Jaya di sini berkongsi gambar keluarga bersama Mohd Firdaus di laman sosial tersebut.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada 8.57 malam Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan. 

Kapal yang dimiliki syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia serta rakyat Indonesia dan Myanmar. 

Mohd Nur Firdaus Nawawi dikatakan baru sebulan berkhidmat di atas kapal itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan