PM Minta Penjawat Awam Tidak Bocor Rahsia Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 3:05 PM

Penjawat awam melafazkan Ikrar Penjawat Awam ketika Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14 yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam mentaati ikrar perkhidmatan awam untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-14 (Mappa XIV) di sini, Rabu, beliau berkata, insiden kebocoran rahsia kerajaan sebelum sesuatu pengumuman rasmi dibuat boleh memberi implikasi kepada keputusan kerajaan.

"Sehari dua ini ada kebocoran berlaku. Tolong jaga rahsia kerajaan, sebab mana-mana kerajaan pun mesti jaga rahsia.

"Kalau kita belum sedia buat pengumuman janganlah bocor sebab kalau bocor boleh jadi keputusan itu berlainan nanti.

"Ini belum apa-apa lagi tol dah kata kita nak naikkan. Sepatutnya kita ada kaedah tertentu. Inilah saya harap sangat penjawat awam kita sudah angkat sumpah jangan main-mainkan sumpah sebab ini untuk kebaikan negara kita," katanya.

Turut hadir pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Mappa yang dianjurkan sejak 2000 bertujuan membolehkan Perdana Menteri menerangkan strategi serta perancangan kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Minggu lepas, Najib menyuarakan kekesalannya berhubung kebocoran maklumat berhubung kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial susulan laporan oleh sebuah portal yang memetik sumber kabinet.

Katanya, perbincangan mengenai perkara itu yang berlangsung pada mesyuarat kabinet tidak menghasilkan sebarang keputusan muktamad.

Portal terbabit melaporkan cadangan kenaikan itu dijangka membabitkan sekurang-kurangnya 16 lebuh raya dan jumlah itu mungkin meningkat kepada 19.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , Mappa , PICC

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan