Bung Moktar Naik Angin

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 6:04 PM

Bung Moktar meradang apabila sekumpulan ahli Wanita PKR mengadakan protes di Parlimen dan depan kediamannya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan ahli Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan protes di luar Parlimen mengakibatkan Datuk Bung Moktar Radin naik angin.

Protes itu diadakan kerana mereka kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan bersifat seksis Bung terhadap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR.

Lebih mengejutkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengugut dengan mengatakan "ada antara mereka yang tidak akan hidup" jika dia ada di rumah.

Malahan Bung juga mahu mengheret Zuraida kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana bersikap "biadab".

"Sekumpulan wanita mencerobohi rumah saya dan menjerit "Reformasi".

"Walaupun ada laporan polis, ia tetap biadab. Jika saya ada di sana, mungkin ada yang tidak akan hidup," katanya ketika mengetengahkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) di Dewan Rakyat.

Ketika Bung sedang bercakap, beberapa Ahli Parlimen lelaki termasuk Tian Chua (PKR-Batu) dan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) bangun mencelah hingga menyebabkan Bung melenting.

"Kamu diam! Jangan cabar saya. Jika kamu anak jantan, keluar dan kita lihat siapa yang menang," jerit Bung.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memulakan tugas kemudian mengarahkan kedua-duanya bertenang.

"Jika situasinya panas, jangan pula disimbah minyak. Apakah ini sikap seorang Yang Berhormat?

"Bagi saya, isu antara Kinabatangan dan Ampang telah selesai. Kamu boleh berucap berapi-api tetapi jangan melanggar Peraturan Mesyuarat," katanya.

Terdahulu kira-kira pukul 10 pagi, sekumpulan ahli Wanita PKR itu berkumpul di luar Parlimen mendesak Bung supaya memohon maaf kepada Zuraida kerana kenyataannya yang bersifat seksis itu.


  


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan