Arul Kanda, Shahrol Azral Jelaskan Isu 1MDB Awal Ogos Ini - PAC

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 9:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEOnya Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bagi menghadiri prosiding siasatan pada 4 dan 5 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya juga akan memanggil bekas pemangku CEO 1MDB, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi untuk sesi prosiding pada 6 Ogos ini.

Katanya, Arul Kanda dan Shahrol Azral diminta tampil pada hari yang berasingan bagi memudahkan proses siasatan berjalan dengan lancar.

"Ini adalah kerana seorang saksi akan mengambil masa yang agak lama dalam sesuatu sesi prosiding. Oleh itu kami membuat keputusan untuk mengasingkan mereka.

"Surat berkenaan dengan prosiding itu telah dihantar menerusi Kementerian Kewangan pada minggu lepas dan mereka diberi tempoh enam minggu dari sekarang untuk bersiap sedia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen, Rabu.

Nur Jazlan berkata, pihaknya juga akan memanggil bekas ahli lembaga pengarah 1MDB, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh (CEO Sime Darby) dan Tan Sri Azlan Zainol pada 17 Ogos.

"Manakala sebanyak lima ahli lembaga pengarah terbaru IMDB pula diminta hadir pada 18 Ogos untuk prosiding," katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan pihaknya telah mengadakan sesi prosiding bersama firma audit KPMG hari ini bagi mendengar penjelasan mengenai proses tatacara audit yang dibuat untuk 1MDB bagi tahun 2010 hingga 2012.

Katanya, dua saksi firma itu, Datuk Johan Idris iaitu Rakan Urusan KPMG dan Senior Auditornya, Khaw Hock Hoe juga tampil memberikan penjelasan terhadap lebih 35 soalan yang dikemukakan oleh PAC.

"Mereka turut memberitahu kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Kewangan pada Disember 2013 namun tidak diberitahu tentang sebabnya.

"Prosiding akan diteruskan tetapi akan mengambil masa lama hari ini, mungkin selesai lewat petang ini," tegasnya.

Dalam pada itu, PAC juga mengesahkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan membentangkan laporan awal 1MDB pada 9 Julai ini kepada PAC.-- Bernama

 


Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB , Arul Kanda

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan