Semua Wakil DAP Di Kelantan Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua wakil DAP yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Kelantan akan mengosongkan kerusi masing-masing, berkuatkuasa Rabu.

Penyelaras Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu Lee Chin Chen berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bahawa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat.

Chin Chen berkata, peletakan jawatan itu melibatkan tiga ketua kampung yang dilantik atas kapasiti anggota DAP, iaitu di kawasan Tanjung Mas, Irene Tan; Kota Lama, David Ng Yang Seng dan Kampung Pulai, Tang Chee Hung.

"Memandangkan kerajaan negeri Kelantan yang dinaungi oleh PAS tidak lagi merupakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, maka tindakan untuk meletak jawatan sebagai ketua kampung telah diambil dan akan berkuatkuasa tanpa berlengah lagi.

"Tindakan ini adalah mustahak untuk mempertahankan maruah parti serta memberikan sokongan padu kepada Jawatankuasa Pusat DAP," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, DAP turut mendesak agar semua wakil kerajaan PAS di Pulau Pinang segera berundur untuk menjunjung keputusan kepimpinan baharu PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, DAP kesal terhadap usaha PAS yang bertegas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Hudud) di Kelantan.

"Tindakan PAS sedemikian telah ditentang oleh DAP kerana ia bercanggah dengan dasar bersama Pakatan Rakyat serta Perlembagaan Persekutuan.

"Usul hudud yang ditegaskan oleh PAS turut tidak mengambil kira pendapat masyarakat bukan Islam secara umum.

"Pindaan bagi kanun hudud tersebut tetap diluluskan oleh kerajaan negeri PAS di dewan undangan negeri Kelantan walaupun DAP telah mengemukakan tentangannya terhadap usul hudud PAS dari semasa ke semasa," katanya.

Tags / Kata Kunci: wakil DAP , kerajaan Kelantan , Lee Chin Chen

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan