1,018 Pemaju Perumahan Dikenakan Tindakan - Halimah Sadique

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 2:40 PM

Halimah Sadique

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,018 pemaju perumahan dikenakan tindakan pendakwaan dan kompaun sehingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Halimah berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 146 pemaju disenarai hitam akibat projek terbengkalai.

Katanya, tindakan berkenaan juga melibatkan pemaju yang gagal membayar kompaun iaitu sebanyak 337 pemaju, ingkar arahan hukuman tribunal tuntutan pengguna perumahan rakyat (307), projek sakit (131), disabitkan mahkamah dengan denda melebihi RM10,000 (17) dan pemaju tanpa lesen (80).

"Jumlah ini melibatkan 3,607 orang ahli lembaga pengarah yang melanggar peraturan 118 Akta Pemaju Perumahan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

Kamarul Baharin ingin tahu berhubung langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan baki projek perumahan swasta yang terbengkalai yang diambil alih oleh kerajaan dapat disiapkan dalam masa ditetapkan dan jumlah pemaju yang disenarai hitam.

Halimah berkata sejak 2009 sehingga tahun lalu, sebanyak 216 projek perumahan swasta diisytiharkan terbengkalai di seluruh Semenanjung Malaysia.

"Daripada jumlah itu 165 atau 76.4 peratus projek yang diambil alih oleh kerajaan telah disiapkan kementerian, manakala 51 lagi projek sedang dalam pelbagai peringkat dan perancangan pemulihan," katanya.

Halimah juga berkata kementerian akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pemaju dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengingkari peraturan yang ditetapkan sehingga menyebabkan projek perumahan terjejas.

Katanya, kementerian mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan projek terbengkalai dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan antaranya mengenal pasti pemaju berkeupayaan dan berpengalaman untuk melaksanakan pemulihan projek.

Selain itu, kementerian juga mengadakan perundingan dari semasa ke semasa dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian terbaik, memantau dan membuat penyelarasan di tapak projek dengan bantuan agensi negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Halimah Sadique , pemaju perumahan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan