MIC: Subramaniam, Saravanan Dan 12 Lagi Digantung Setahun

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 2:07 PM

Subramaniam dan Saravanan digantung setahun kerana tidak mengikut arahan Palanivel.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman MIC semakin meruncing apabila Presidennya, Datuk Seri G Palanivel menggantung keahlian 14 pemimpin tertinggi parti itu termasuk Timbalannya, Datuk Seri S Subramaniam dan Naib Presiden, Datuk M Saravanan selama setahun.

Penggantungan semua individu terbabit akan berkuatkuasa serta merta.

Menurut Palanivel, kesemua individu tersebut digantung kerana meneruskan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang dijadualkan pada tengah hari Selasa secara tidak sah.

“Semalam (Isnin) saya memberi memo kepada ahli berkenaan supaya membatalkan mesyuarat tidak sah hari ini (Selasa), namun mereka enggan berbuat demikian.

"Tindakan mereka ini jelas bercanggah dengan kepentingan MIC. Justeru saya selaku presiden menggunakan kuasa-kuasa yang ada untuk menggantung mereka ini,” kata Palanivel lagi dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain dua pemimpin tertinggi parti itu, individu lain yang digantung keahlian adalah Datuk Seri S K Devamany, N Rawisandran, Datuk R Ganesan, Datuk M Davendran, Datuk KRA Naidu, Datuk V M Panjamothy, P Manivasagam, S Ananthan, M Mathuraiveran, Datuj M Asojan, P Shanmugan, Mohana Muniandy dan K R Parthiban.

Beliau berkata, individu lain yang menandatangani notis tidak sah itu juga sudah digantung keahlian mereka lebih awal, yang mana penggantungan itu adalah kekal.

"Saya sudah mengeluarkan surat penggantungan berkenaan semalam (Isnin) yang akan diterima oleh mereka dalam tempoh terdekat," katanya.

Palanivel berkata, kesemua individu tersebut juga tidak boleh terbabit dalam sebarang aktiviti parti sebagai ahli.

Tindakan penggantungan 12 pemimpin tertinggi MIC dijangka memburukkan lagi kemelut dalaman parti itu yang berlarutan sejak tahun lalu.


Tags / Kata Kunci: MIC , CWC , Palanivel

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan