"Sekurang-Kurangnya Saya Dipilih Rakyat" - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 4:40 PM

Datuk Seri Nazri Aziz

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau telah dipilih oleh pengundi untuk berkhidmat kepada mereka, sesuatu yang membezakan beliau dengan Tunku Mahkota Johor.

Katanya, beliau telah menyuarakan sentimen rakyat, sama seperti apa yang Tunku Ismail Sultan Ibrahim lakukan sebagai pemimpin rakyat, bagi pihak rakyat Johor dan rakyat Malaysia.

"Perbezaan di antara kami ialah saya telah dipilih oleh rakyat. Jika saya tidak menjalankan tugas saya, maka rakyat akan menghukum saya apabila tiba masanya.

"Saya terpaksa berdepan dengan mahkamah rakyat setiap lima tahun tetapi InsyaAllah, saya telah dinilai sebanyak lima kali dan saya menang," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa lawatan rasminya ke Sekinchan di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tunku Ismail yang berkata beliau telah menyuarakan sentimen rakyat sebagai pemimpin kepada rakyatnya dan rakyat Malaysia.

Sabtu lepas, Nazri memberitahu Tunku Ismail untuk tidak campur tangan dalam politik melainkan jika beliau mahu tertakluk kepada peraturan yang sama dan terus 'dibelasah'.

Kerabat diraja, katanya, perlu menjauhkan diri daripada politik kerana "kami adalah orang-orang melindungi kerabat".

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Nazri Aziz , TMJ

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan