Mohon Sijil Halal Sebelum Promosikan Bufet Ramadan - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 8:30 AM

Jamil Khir Baharom

(Ubah saiz teks)

YAN: Semua pengusaha makanan di negara ini disaran untuk segera mengemukakan permohonan mendapatkan sijil halal sebelum mempromosikan Bufet Ramadan di premis masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata permohonan boleh dibuat melalui Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Di Jakim, kita ada kaunter khusus yang dapat mempercepatkan urusan permohonan sijil halal sempena Ramadan dan permohonan masih lagi dibuka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid-masjid Parlimen Jerai sempena Ramadan, di Masjid Kampung Batu 17, di sini.

Beliau berkata, pengusaha yang menawarkan dan mempromosikan Bufet Ramadan tanpa memiliki sijil halal boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Jamil Khir berkata rakyat di negara ini sudah memahami konteks halal yang mana ia tidak hanya melibatkan bahan yang digunakan tetapi juga proses pembuatan serta aspek kebersihan sepanjang proses itu dilakukan.

"Apa yang menjadi kebimbangan ialah bukan sahaja dari sudut (premis) tidak memiliki sijil halal bahkan kita tidak mahu ada tempat (premis) yang menggantungkan sijil halal palsu.

"Jadi semua pengusaha makanan diingatkan agar tidak mengelirukan orang Islam dengan menawarkan Bufet Ramadan sedangkan mereka tidak memiliki sijil halal," katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, sebanyak 43 masjid di kawasan Parlimen Jerai masing-masing menerima sumbangan RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan untuk mengimarahkan kedatangan bulan Ramadan tahun ini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jamil Khir , sijil halal , Jakim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan