MBSA Keluarkan 1,941 Permit Bazar Ramadan Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan 1,941 permit bazar Ramadan kepada penjaja yang berniaga sepanjang bulan puasa di 27 lokasi sekitar bandar raya ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat  and  Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad berkata bayaran permit yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis perniagaan iaitu antara RM233.70 dan RM529.10.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, peniaga dan pembantu mereka juga diwajibkan mendapatkan suntikan anti-typhoid (TY2) bagi menjamin tahap kebersihan makanan di tapak perniagaan masing-masing.

"Kita juga ingatkan semua penjaja supaya sentiasa bersih dari segi tubuh badan seperti memakai apron, makanan, mahupun persekitaran untuk mengelakkan berlakunya kes seperti keracunan makanan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurut Shahrin, anggota penguatkuasa MBSA akan menjalankan pemantauan secara berterusan di kawasan bazar Ramadan bagi memastikan para penjaja mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu, beliau berkata pihak Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasa MBSA juga akan memantau dari sudut pelesenan, manakala pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal  and  Pembersihan Awam, MBSA akan memeriksa aspek kebersihan kawasan sekitar serta pengurusan pengendalian makanan dan minuman.

"Pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan notis atau kompaun kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi syarat-syarat permit khususnya dalam aspek kebersihan," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ramadan , MBSA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan