Peniaga Bazar Ramadan Diingatkan Tidak Ambil Kesempatan Ke Atas Pengguna

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Bazar Ramadan tidak harus dijadikan medan bagi peniaga mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan meraih keuntungan berlebihan selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peniaga perlu bertanggungjawab dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita akui setakat ini ada kenaikan harga (barang) dan kita buat kajian tetapi ia masih terkawal. Kita harap pada bulan Ramadan ini tiada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan sewenang-wenangnya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Majlis Penyampaian Pinjaman Skim Bazar Ramadan (SBR) di Dewan Kasturi, Perbadanan Kemajuan Kraftangan di sini.

Seramai 462 anggota Persatuan Penjaja Kelantan menerima pinjaman RM3,000 seorang dari peruntukan berjumlah RM1.3 juta.

Katanya, peniaga yang menerima pinjaman itu diharap dapat membuat pembayaran balik dalam tempoh empat bulan sebagaimana ditetapkan.

"Skim ini tidak dikenakan sebarang faedah...Syaratnya juga mudah," katanya.

Pembiayaan tanpa faedah itu dilancarkan 9 April lepas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hassan Malek. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bazar Ramadan , GST

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan