Pasar Payang Mula Sesak Menjelang Ramadan

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 8:30 AM

Pasar Payang sentiasa sibuk terutama menjelang Ramadan dan musim perayaan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menjelang bulan Ramadan minggu depan, Pasar Besar Kedai Payang mula menjadi tumpuan umat Islam yang mahu mendapatkan bekalan makanan sebagai persediaan menyambut bulan puasa.

Tinjauan Bernama mendapati kesesakan juga berpunca daripada kunjungan orang ramai kerana minggu ini merupakan minggu terakhir cuti persekolahan penggal pertama.

Seorang kakitangan awam, Rahida Awang, 35, berkata beliau mengambil kesempatan untuk membeli stok beras bagi memasak nasi dagang serta rempah ratus untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

"Ramai kawan-kawan saya yang kirim barang seperti gula nira, rempah nasi dagang, rempah rendang kerutuk, asam gelugur, keropok keping dan makanan tradisional yang lain untuk mereka masak sepanjang Ramadan.

"Tahun ini saya mahu lebih banyak memasak sendiri di rumah untuk juadah berbuka kerana bimbang kenaikan harga barangan di bazar Ramadan nanti.

"Alang-alang sudah berada di Kuala Terengganu, lebih baik saya beli banyak bahan makanan," kata Rahida yang pulang ke kampungnya di Kampung Gelugor, Marang.

Zamri Mokhtar, 43, berkata beliau datang ke Pasar Payang bersama keluarganya untuk membeli barangan dapur sebagai persiapan sepanjang Ramadan.

"Memang setiap tahun saya datang dan beli lebih awal sebab semasa bulan puasa saya tak perlu bersusah payah lagi mencari bahan makanan.

"Isteri saya yang mengambil upah menjahit turut mengambil kesempatan  membeli beberapa pasang kain sutera yang ditempah pelanggannya," katanya.

Tinjauan mendapati jalan menuju ke Pasar Payang mengalami kesesakan hampir satu kilometer.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Pasar Payang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan