Terengganu Tubuh Pasukan Khas Banteras Kaki Ponteng Puasa

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras gejala 'kaki ponteng puasa' pada bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi memastikan umat Islam di negeri mematuhi syariat Islam pada bulan Ramadan ini.

"Pasukan khas ini akan menjalankan pemeriksaan dan serbuan di kedai-kedai dan restoran yang beroperasi pada siang hari sebelum pukul dua petang yang mana kita tak akan benarkan restoran dan kedai terutamanya milik orang Islam beroperasi sebelum pukul dua petang.

"Kita juga akan membuat penangkapan terhadap orang Islam yang baligh tak kira lelaki atau perempuan yang didapati makan pada siang hari di tempat awam," katanya pada sidang media di sini.

Ghazali berkata pihak kerajaan negeri sangat tegas dan serius dalam menangani gejala ponteng puasa di negeri ini dan sekiranya terdapat penangkapan, tindakan dan dakwaan serta merta akan dikenakan terhadap pesalah supaya ianya menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Dalam pada itu Ghazali berkata kerajaan negeri komited dalam melaksanakan undang-undang takzir di negeri ini.

"Kita sememangnya komited ke arah untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini namun bagi melihat keunggulan hukum Islam itu, kita mesti bersedia dari segi fasiliti, kepakarannya supaya apabila hukum Islam dilaksanakan ianya tak boleh diperlekeh dan dipertikaikan kerana ianya hukum Allah.

Untuk melaksanakan hukum ini, banyak perkara yang perlu diambil kira dari segi keupayaannya, fasiliti dan hakim yang mana banyak kajian perlu diambil kira termasuk melihat negara yang telah melaksanakannya," katanya.

Ghazali berkata untuk permulaan kerajaan negeri serius menangani permasalahan akhlak terutamanya dalam kalangan remaja di negeri ini.

"Melalui institusi berteraskan pendidikan Islam di negeri ini kita mahu lahirkan generasi di negeri ini generasi yang berakhlak dan berakal budi yang mana sebelum meletakkan hukum, kita akan pastikan pelaksanaan ilmu dan pendidikan diperkemas terlebih dahulu," katanya. --Bernama

Tags / Kata Kunci: Ramadan , puasa , ponteng

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan