Petronas Jamin Bekalan RON95 Mencukupi Di Pantai Timur - Hasan Malek

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 5:48 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Petronas Dagangan Bhd memberi jaminan bekalan minyak petrol RON95 di tiga negeri di pantai timur mencukupi berikutan kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa bekalan bahan api itu dilaporkan hilang di kawasan perairan Tanjung Sedili, Johor pada 12 Jun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata Petronas, yang memberikan jaminan itu kepadanya semalam, berjanji untuk menghantar bekalan minyak itu ke Pahang, Terengganu dan Kelantan minggu hadapan.

"Petronas sedang berusaha dan memberi jaminan bahawa 6,000 metrik tan atau 60 juta liter bekalan RON95 yang hilang, merupakan kegunaan satu atau dua minggu dan ia akan dibekalkan secepat mungkin.

KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)juga akan memantau bekalan RON95 dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan bahan itu sentiasa mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perundingan Tahunan KPDNKK Bersama Sektor Koperasi di sini, Selasa.

Hasan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekalan minyak di pantai timur selepas MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik muatan minyak petrol RON95 sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Kuantan apabila dilaporkan hilang.

Kapal tangki itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 warga Malaysia termasuk Kaptennya Nor Fazly Sahat, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Dalam pada itu, Hasan turut meminta rakyat bersabar memandangkan Petronas sudahpun memberi jaminan untuk mengatasi bekalan bahan api itu. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: RON95 , Hasan Malek , Orkim Harmony

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan