Perintah Berkurung Di Esszone Tak Jejas Rezeki Penduduk - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan perintah berkurung di enam daerah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) tidak menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk terutama komuniti maritim di kawasan itu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sepanjang perintah berkurung dilaksanakan, permit-permit pengecualian telah dikeluarkan kepada bot-bot nelayan yang bercadang menangkap ikan dengan jarak maksima sejauh lima batu nautika dari pantai.

"Sehingga Mei, sepanjang perintah berkurung fasa ke 19, sebanyak 462 permit telah dikeluarkan kepada bot-bot nelayan, feri dan kapal-kapal dagang bagi melakukan aktiviti ekonomi mereka...Sepanjang perintah berkurung dikuatkuasakan, sebanyak 7,245 permit telah dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) yang ingin tahu bilakah perintah berkurung di Esszone akan ditamatkan atau ditarik balik kerana mendakwa telah lama mengganggu dan mengekang pergerakan rakyat di perairan Timur Sabah untuk mencari rezeki. 

Shahidan berkata penguatkuasaan perintah berkurung ini akan dilaksanakan sehingga kerajaan benar-benar berpuas hati dengan tahap keselamatan kawasan berkenaan. 

Malah, perintah berkurung itu mendapat sambutan baik daripada komuniti maritim dalam kalangan nelayan, pengusaha resort dan penternak ikan yang bergantung pendapatan kepada hasil laut.  

"Daripada maklum balas komuniti yang kita dapati, mereka berasa lebih selamat menjalankan aktiviti laut, kita juga mendapat respons yang baik daripada pelancong yang berasa selamat melancong di kawasan ini," katanya. 

Perintah berkurung di perairan enam daerah sepanjang perairan Sandakan hingga Tawau di negeri Sabah mula dikuatkuasa sejak 19 Julai tahun lepas susulan beberapa insiden penculikan melibatkan pelancong asing dan anggota keselamatan.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Shahidan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan