Pendera Haiwan Boleh Didenda RM100,000

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 9:45 AM

Video yang pernah menjadi viral apabila seorang gadis bertindak memasukan kucing dalam mesin basuh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sesiapa yang memukul, menendang, mendera, abai atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas kekejaman haiwan di bawah Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan.


Jika sabit kesalahan, pendera boleh dikenakan denda antara RM20,000 dan RM100,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun.

Rang Undang-undang akan dibahaskan di Parlimen pada Selasa dan jika diluluskan, undang-undang baru ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.


"Realitinya terdapat beribu-ribu haiwan yang tidak ingin dipelihara di Malaysia," kata Ketua Pegawai Operasi Lorna Fisher Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA).

"Kita semua mudah mengatakan 'berhenti membunuh haiwan tersebut', tetapi anda perlu tahu bahawa tidak ada cara ajaib untuk memberi rumah kepada semua haiwan yang terbiar," katanya.


Fisher berkata, apa yang boleh kita lakukan adalah mempunyai pengurusan yang berkesan secara berperikemanusiaan.

"Sesiapa sahaja, sama ada badan kerajaan atau individu, yang mahu menangkap atau membunuh haiwan terbiar dengan kaedah kejam kini boleh didakwa di bawah Rang Undang-undang," katanya.

Akhirnya, Fisher berkata dia gembira terdapat undang-undang untuk melindungi haiwan terbiar.

"Kita hidup dalam keadaan mempunyai moral yang rendah terhadap haiwan-haiwan terbiar, tiada sebarang undang-undang melindungi haiwan tersebut," katanya.


Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia Shenaaz Khan berkata, dia gembira dengan peningkatan hukuman dalam skop penderaan haiwan.

"Tetapi masalahnya ialah sama ada mereka betul akan menghukum pendera haiwan tersebut," katanya.

Shenaaz turut memberi contoh kes 2011 seorang gadis mendera anak kucing hingga mati.

"Saya tidak melihat ia dibicarakan secara berbeza, pendera masih diberi rasa simpati dalam memberikan hukuman berat" katanya.

Dalam pada itu, Fisher berkata rakyat Malaysia yang melaporkan kes penderaan haiwan akan bertindak sebagai saksi semasa perbicaraan.

"Saya telah melihat begitu banyak pendera haiwan terlepas salah laku mereka kerana tiada siapa yang mahu berdiri dan bertindak sebagai saksi kepada kes itu.

"Oleh itu, jika anda melihat sesuatu penderaan sila tampil ke hadapan dan menjadi saksi supaya pendera haiwan akan didakwa," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan