Pakatan 'Berkubur' Sudah Dijangka - Nur Jazlan

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 4:13 PM

Nur Jazlan Mohamed.

Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terkuburnya Pakatan Rakyat sememangnya dijangka kerana pembangkang pernah berpecah sebelum ini.

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, gabungan pembangkang itu membentuk kerajaan perpaduan sebelum 1998, dikenali Barisan Alternatif.

"Jadi ia bukan sesuatu yang baharu. Dalam hal ini, antara PAS dan DAP masih tidak dapat menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka," kata Ahli Parlimen Pulai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, Selasa.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mengumumkan pendirian Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bahawa Pakatan Rakyat tidak wujud lagi selepas Mutamar PAS menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementera itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim menggambarkan insiden itu sebagai drama politik antara parti komponen Pakatan.

"Mereka cuba mengalih pandangan rakyat daripada masalah dalaman yang dihadapi. Ia tidak akan memberi kesan kepada Barisan yang akan terus mendekati rakyat," katanya.

Sebelum ini, Barisan Alternatif membabitkan empat parti politik iaitu Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat), Parti Rakyat Malaysia, DAP dan PAS.

DAP meninggalkan gabungan itu pada 2001 susulan ketetapan PAS untuk melaksanakan agenda negara Islam.

Gabungan itu kemudiannya dibubarkan pada 2004 selepas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-11.



Tags / Kata Kunci: Pakatan Rakyat , Nur Jazlan Mohamed , DAP

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan