Krisis Pakatan: Segalanya Berkemungkinan - Ku Li

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 8:24 PM

Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh Hamzah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Krisis Pakatan Rakyat ketika ini disifatkan sebagai proses evolusi yang memerlukan penyusunan semula kuasa politik, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran Umno itu berkata, tiada parti politik yang terlepas daripada sebarang konflik, termasuk Barisan Nasional.

"Kami dalam Barisan juga ada masalah. Kami juga sama. MIC juga ada masalah. Umno juga bermasalah. Setiap parti ada masalah tersendiri," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, Selasa.

Beliau berkata, dalam politik segalanya berkemungkinan tanpa mengambil kira agama dan bangsa.

"Segalanya berkemungkinan berlaku dalam politik. Seorang lelaki menjadi wanita, wanita pula boleh menjadi lelaki, tiada yang kekal.

"Seorang kawan hari ini boleh menjadi musuh esok harinya dan musuh itu mungkin menjadi kawan baik kita pula pada hari berikutnya," katanya.

Beliau berkata, proses evolusi ini boleh menjadi lemah atau mengukuhkan lagi gabungan kerjasama itu.

"Kita perlu melalui fasa ini. Langkah ini baik kerana ia mungkin dapat membantu memperkukuhkan parti," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Ditanya sama ada masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat atau BN yang lebih besar, beliau secara berseloroh berkata: "Tak tahu, saya tidak berada dalam masalah di sebelah sana, saya hanya ada dalam masalah di sini. Jadi saya tidak tahu yang mana lebih besar atau kecil."

Bagaimanapun, beliau berkata, ahli politik perlu berhadapan dengan sebarang masalah yang timbu.




Tags / Kata Kunci: Ku Li , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan