Kaunter Zakat Dibuka Tujuh Hari Seminggu

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adalah dimaklumkan sepanjang bulan Ramadan 1436H ini, kaunter-kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum.

Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP terletak di Taman Shamelin Perkasa Cheras, Masjid Negara, Wangsa Maju Seksyen 5, Putrajaya Presint 9, Putrajaya Presint 15 Diplomatik, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail,Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, UTCKL Pudu Sentral dan Labuan Times Square.

Kaunter-kaunter ini akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang manakala kaunter PPZ-MAIWP di UTCKL Pudu Sentral akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui Talian Zakat 1-300-88-5757.

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan dan zakat emas, dan fitrah sebanyak RM 7.00 seorang.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama : Nur Haliza Abd Rahman 

Pegawai Kanan Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP  Mobile : 012-500 3547  Tel : 03-9289 5757  Faks : 03-9289 5759  Website : www.zakat.com.my Facebook : www.facebook.com/myzakat --BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Zakat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan