Tiga Lagi Pesawat Dikerah Cari MT Orkim Harmony

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lagi pesawat dikerah bagi membantu operasi mencari kapal tangki MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang Khamis lepas di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pesawat berkenaan terdiri daripada dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sebuah milik APMM.

"Semalam satu pesawat (APMM) sahaja yang terlibat. Namun hari ini kita menambah tiga lagi pesawat. Jadi jumlah aset udara yang terlibat sehingga sekarang adalah empat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kawasan pencarian turut diperluas termasuk dengan bantuan pencarian di perairan negara jiran.

Dalam temubualnya dengan Astro Awani, Ahmad Puzi meminta masyarakat maritim yang melalui perairan Selat Melaka agar mengamalkan tatacara standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan piawaian antarabangsa.

"Contohnya apabila berlayar, pegawai bertugas kapal mesti sentiasa mengesan sebarang hubungan, bot atau kapal yang merapati mereka. Radar mereka perlu mengesan untuk memberi amaran kepada kita," kata Ahmad Puzi.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang isyarat kecemasan daripada kapal yang hilang itu, meskipun ia dilengkapi kelengkapan untuk berhubung.

"Kita telah berusaha sebaik mungkin untuk menjejakinya dan usaha ini diharap akan mendatangkan hasil dengan berhubung dengan negara sahabat," katanya.

Kapal itu yang membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 yang dianggarkan bernilai RM21 juta sedang dalam pelayaran dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan apabila ia dilaporkan hilang.

Kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa 22 orang kru iaitu 16 warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Orkim Harmony , APMM

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan