Kerajaan Tidak Lantik Mana-Mana Pihak Laksana Program Pemutihan Pati

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 8:00 PM

mustafa ibrahim

Datuk Mustafa Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi menjalankan program pemutihan '3P' atau '6P' dan sebagainya untuk pendatang asing tanpa izin (PATI), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata majikan dan agensi pekerjaan sah diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan serta promosi tentang program '3P' dan '6P' tersebut yang disebarkan secara berleluasa menerusi media sosial.

"Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat palsu mengenai program pemutihan yang diiklankan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mengenakan bayaran tertentu kepada majikan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Mustafa berkata majikan serta agensi pekerjaan adalah dinasihat agar sentiasa merujuk kepada laman web Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat yang sahih.

Katanya program pemutihan 6P telah berakhir tahun lepas dan kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menggantikannya dengan program lain seperti 3P dan sebagainya.
Tags / Kata Kunci: pemutihan 6P , Datuk Mustafa Ibrahim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan