"Tiada Siapa Boleh Nafi Hak TMJ Untuk Bersuara" - Mufti Perlis

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 8:55 PM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan sokongannya terhadap Tunku Mahkota Johor dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai hak untuk menyatakan pendapatnya.

"Sebagai seorang yang hidup dalam negara ini, juga seorang anak Sultan, tiada siapa boleh menafikan hak beliau bersuara," kata Asri di laman Facebooknya DrMAZA.com.

Beliau berkata, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bercakap bagi faedah orang awam.

"Saya baru sahaja terbaca kenyataan beliau yang terakhir tentang teguran beliau, saya hormati.

"Moga beliau terus berjuang untuk kepentingan awam. Amin," katanya, Isnin.

Terdahulu, dalam perang mulut dalam kenyataan TMJ, beliau mengingatkan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa 'beliau adalah menteri dan bukan Tuhan dari syurga'.

Tunku Ismail di halaman Facebook Johor Southern Tigers berkata bahawa beliau bersuara bagi memberikan pandangan dan peringatan kepada pemimpin tentang amanah yang telah diberikan kepada rakyat.

Menurut Tunku Ismail, serangan terhadapnya dan teguran yang tidak dapat diterima itu jelas menunjukkan kepada rakyat sikap angkuh dan sombong pemimpin berkenaan.

Tunku Ismail turut menggesa ahli-ahli politik untuk tidak menggunakan beliau untuk mengalihkan perhatian daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu-isu nasional yang lain.

"Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti," tegas Tunku Ismail.

Pada Sabtu, Nazri telah mengkritik Tunku Ismail dengan berkata, kerabat diraja tidak seharusnya melibatkan diri dalam politik.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas posting yang dibuat oleh Tunku Ismail pada 5 Jun, mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menghadiri sesi dialog terbuka yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Tunku Ismail dengan segera memberi maklum balas terhadap posting tersebut melalui video dengan hanya memberi isyarat seolah-olah baginda tidak takut untuk menghadapi sebarang cabaran.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nazri akan disiasat di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan berikut kenyataan beliau terhadap Tunku Ismail.
Tags / Kata Kunci: TMJ , Dr Mohd Asri Zainul Abidin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan