Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara 2014: 241 Syor Dikemukakan

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 241 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 bagi membantu kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 90 syor kepada kerajaan Persekutuan, 56 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 95 syor kepada Kerajaan negeri.

"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil, alam sekitar dan pengurusan syarikat," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata dalam Laporan Siri 2 itu, sebanyak 57 pengauditan prestasi dan 18 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

Ambrin berkata, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Setiap tahun, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi yang bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program/aktiviti dan projek itu telah tercapai.

Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa berlakunya pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang telah dibuat.

Kandungan dan sinopsis laporan siri 2 itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 telah dibentangkan di Parlimen pada 6 April lepas.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Ketua Audit Negara , Ambrin Buang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan