Pelancong Berbogel Di Puncak Gunung Kinabalu Minta Maaf Atas Tindakan Bodoh

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 8:54 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelancong British yang dihantar pulang dari Malaysia selepas mengaku bersalah berbogel di Gunung Kinabalu meminta maaf atas perkara tersebut di kediamannya, pada Ahad.

Eleanor Hawkins, 23, merupakan salah seorang daripada empat pelancong asing yang dihantar pulang selepas mengaku bersalah dan menjalani hukuman penjara serta denda.

"Saya tahu tingkah laku saya bodoh dan kesalahan tersebut telah memberi keburukan kepada rakyat tempatan Sabah. Untuk itu, saya meminta maaf, " katanya dalam satu kenyataan di luar rumahnya di Draycott, England, seperti dilaporkan AFP pada Ahad.

Ibunya Ruth menambah: "Dia tahu apa yang dia lakukan adalah salah dan kurang ajar dan dia sudah menerima hukuman daripada pihak berkuasa Malaysia."

Empat ditahan awal minggu lalu pada minggu kejadia gempa bumi yang mengorbankan 18 orang di Gunung Kinabalu.

Mereka masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Jumaat lepas dan dijatuhi hukuman penjara tiga hari bermula dari ketika mereka ditangkap pada Selasa.

Mereka juga secara automatik dihalang kembali ke Malaysia di bawah undang-undang Imigresen negara.

Mereka dianggap di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 di mana Ketua Pengarah Imigresen boleh mengklasifikasikan mana-mana bukan warganegara sebagai pendatang yang dilarang memasuki negara ini.

Individu lain yang didapati bersalah adalah adik-beradik Kanada Lindsey, 22, dan Danielle Pertersen, 23, dan rakyat Belanda Dylann Snel.

Mereka adalah antara 10 pelancong yang berpelakuan tidak sopan di atas gunung itu pada 30 Mei.

Perbuatan itu dianggap sebagai pencabulan gunung yang dianggap suci bagi masyarakat Kadazandusun asli.

Pegawai undang-undang juga berkata Sabah mempunyai kuasa imigresen untuk menghalang mereka daripada memasuki negeri itu selama-lamanya jika kerajaan negeri mengisytiharkan mereka persona non grata (orang yang tidak diingini).
Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan