DAP Perlu Pecat Ahli PAS, Tak Perlu Tunggu Majlis Syura - MCA

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 9:08 PM

Tan Teik Cheng

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus menunjukkan keberanian dan memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri, kata Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng.

Teik Cheng berkata Guan Eng, sebagai Setiausaha Agung DAP, perlu mengambil inisiatif terhadap PAS yang kini yang telah terputus hubungan dengan parti itu dalam usaha 'untuk melindungi maruah dan autonominya.'

"Walaupun Pengerusi Majlis Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggesa anggota PAS Selangor dan Pulau Pinang untuk tidak meletakkan jawatan sementara menunggu keputusan Majlis Syura, mengapa Lim perlu menunggu keputusan Majlis Syura?

"Panggilan itu jelas ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan Lim seolah-olah tunduk kepadanya, dan menerima arahan daripada Majlis Ulama.

"Mengapa Lim masih lelengah-lengahkan untuk mengambil tindakan mengusir ahli PAS dari jawatan kerajaan negeri, dan hanya mendesak mereka untuk meletakkan jawatan?" katanya.

Teik Cheng berkata jelas sekali Majlis Ulama juga berpendapat bahawa Lim tidak mempunyai keberanian.

"Oleh itu, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu kekal dalam kerajaan, atau tidak.

"Jika Lim terus mengabaikan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dan tidak berani menggunakan kuasanya untuk mengusir mereka, DAP akan dilihat sebagai sebuah parti tanpa maruah dalam Pakatan, dan juga dalam Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan.

PAS, pada muktamar baru-baru ini, mengemukakan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat oleh Majlis Syura.
Tags / Kata Kunci: Tan Teik Cheng , Majlis Syura

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan