259 Kes Kematian Dalam Tahanan Disiasat Dari 2000-2015 - KDN

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 259 kes kematian dalam tahanan telah disiasat sejak tahun 2000 hingga kini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata dari jumlah itu, sebanyak 82 kes telah selesai dibuat inkues manakala 12 kes inkues masih lagi berjalan dan 100 kes telah diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut.

"Manakala 34 kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, 10 kes dirujuk kepada Majistret, 16 kes masih lagi dalam siasatan dan lima kes telah dibuat pendakwaan," katanya ketika menjawab soalan G.Manivanan (PKR-Kapar) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Manivanan ingin tahu bilangan kes inkues yang melibatkan kematian dalam tahanan polis mengikut negeri selain statistik anggota polis dibawa ke mahkamah atas kesalahan menyebabkan kematian dalam tahanan.

Mengenai 82 kes kematian dalam tahanan yang selesai dibuat inkues, Wan Junaidi berkata Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 22 kes diikuti Johor (11), Kedah (10), Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (lapan), Pulau Pinang (tujuh), Perak (lima), Sarawak (empat), Kelantan (tiga), Sabah (dua) dan Perlis serta Terengganu (satu).

Bagi 12 kes inkues yang masih berjalan, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu tiga kes selain masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Selangor dan Sabah serta masing-masing satu kes di Perak, Kuala Lumpur dan Johor, katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata sebanyak tiga kes pendakwaan anggota polis membabitkan pelbagai kesalahan dilaporkan dalam tempoh yang sama di mana dua kes telah dijatuhkan hukuman dan satu lagi kes masih lagi dalam perbicaraan.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Kes kematian

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan