Hina Zuraida Di Parlimen, Bung Mokhtar Terlepas Tindakan Tatatertib

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 9:30 PM

Datuk Bung Mokhtar Radin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib kerana didakwa mengeluarkan kenyataan seksis terhadap Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Zuraida mengkritik Bung dan menggesa beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan seksis pada 9 Jun.

"Saya ingin tahu apa yang beliau maksudkan apabila beliau berkata 'Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan'. 

"Saya mahu dia kenyataan ini diperjelaskan," katanya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak mengucapkan kata-kata biadap dan serangan peribadi terhadap satu sama lain.

"Saya bersetuju bahawa undang-undang tidak boleh menggunakan kata-kata kurang ajar tetapi perkara itu perlu dibangkitkan pada hari itu sendiri," katanya, sambil menyeru Bung untuk menjelaskan kenyataan beliau.

Bung mengakui bahawa beliau membuat kenyataan itu tetapi tidak mempunyai niat buruk kerana mahu menenangkan Zuraida yang didakwa bersikap ganas.

"Mengapa tidak boleh saya katakan ini? Saya bimbang dengan tingkah laku itu. Jika tidak, Alhamdulillah. Saya hanya mahu dia mempunyai rumah tangga yang bahagia.

"Saya ikhlas menegur, kerana lelaki dia menderita perangai dia macam tu," ujar Bung di dalam Dewan Rakyat, Isnin. 

Bung turut memberi contoh bahawa kritikannya terhadap Zuraida adalah biasa dan menyatakan di laman sosial ada pihak yang menuduh Zuraida memiliki wajah menyerupai hantu. 

"Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam 'mak lampir'," kata Bung lagi. 

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Zuraida menegaskan bahawa Bung perlu diheret di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menyalahi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 37(4) kerana menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis.

"Saya kecewa dalam dengan Timbalan Speaker yang tidak meminta Bung menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf," kata Zuraida.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching mempersoalkan mengapa urusan keluarga telah dibawa dalam perbahasan Parlimen.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan