Audit 1MDB Dijalankan Secara Berperingkat - Ahmad Husni

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 9:57 PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Firma pengauditan antarabangsa Deloitte sedang melaksanakan audit akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) secara berperingkat bermula dengan Edra Global Energy Bhd (Edra), sebuah syarikat aset tenaga milik 1MDB.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ini memandangkan 1MDB melibatkan akaun yang disatukan merangkumi pelbagai syarikat di bawahnya.

Beliau berkata langkah itu juga kerana syarikat induk itu kini sedang disiasat oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

"Pada masa sekarang Deloitte audit Edra yang mempunyai 13 syarikat dahulu, diikuti syarikat hartanah, kemudian syarikat-syarikat pegangan.

"Syarikat-syarikat pegangan sekarang ini sedang diaudit oleh Ketua Audit Negara, sebab itu ia dilakukan kemudiannya. Mereka (Deloitte) akan berbuat demikian (audit semua akaun dalam 1MDB), dibuat berperingkat," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab pencelahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) yang bertanya mengenai status pelantikan Deloitte bagi mengaudit 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015 yang didakwa masih belum dilakukan.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara terhadap 1MDB membuktikan bahawa kerajaan serius untuk mencari kebenaran dalam isu berkenaan.

"Untuk mendapatkan kebenaran, mesti ada pihak yang laksanakan siasatan dan yang terbaik Ketua Audit Negara yang tahu transaksi kewangan termasuk buku tunai serta dokumen-dokumen rumit yang berkaitan.

"Dalam konteks dokumen di luar negara yang tidak dapat diperoleh Ketua Audit Negara, Bank Negara terlibat untuk mendapatkannya kerana ia melibatkan protokol antarabangsa yang boleh diakses oleh Bank Negara," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan