Laporan Audit: Empat Kementerian Akan Dipanggil Beri Penjelasan - PAC

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 6:27 PM

Datuk Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil empat kementerian dan beberapa agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kementerian berkenaan ialah  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan.

Katanya PAC juga akan memanggil 16 jabatan kerajaan pusat, 10 badan berkanun dan 31 jabatan kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung laporan itu.

"Proses prosiding untuk Laporan AG (Ketua Audit Negara) Siri 2 2014 akan bermula pada bulan September ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Nur Jazlan berkata antara isu perlu diberi penjelasan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk projek Pereplikasian Model (i-ZAQ) Akuakultur Bersepadu bernilai RM2.142 bilion yang gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan.


"Selain itu, projek akuapenternakan di bawah pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara bernilai RM79.6 juta juga perlu diberi penjelasan berhubung pengurusan pentadbiran yang kurang memuaskan, serta beberapa dokumen kontrak bernilai lebih RM100 juta telah diluluskan oleh KSU (Ketua Setiausaha Kementerian) yang sepatutnya diluluskan oleh menteri," katanya.

Nur Jazlan berkata isu berkaitan dengan Kementerian Pendidikan pula melibatkan kegagalan pentadbiran kewangan oleh tiga universiti awam yang diberi autoriti penuh membabitkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Selain itu, pengurusan penyelenggaran kapal di Sabah oleh APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) di bawah JPM serta pengurusan rangkaian Hotel Seri Malaysia di bawah Kementerian Kewangan yang didapati mempunyai pelbagai masalah pengurusan turut terlibat," katanya.

Katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan turut dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kutipan hasil daripada syarikat-syarikat yang disiasat akibat pelbagai masalah berkaitan.

Nur Jazlan berkata secara keseluruhannya laporan audit kali ini kurang memuaskan kerana sesetengah kesalahan yang timbul daripada beberapa kementerian itu sebenarnya boleh dielakkan.

Beliau juga menyeru PAC peringkat negeri memainkan peranan dalam memanggil agensi kerajaan negeri yang didapati mempunyai masalah untuk proses prosiding berhubung laporan audit ini.
Tags / Kata Kunci: PAC , Datuk Nur Jazlan Mohamed , Laporan AG

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan