Pemuda PAS Bantah Kenaikan Kadar Tol

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 2:50 PM

Khairil Nizam Khirudin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat membantah cadangan kenaikan kadar tol yang dijangka akan berkuat kuasa Ogos depan.

Naib Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata cadangan berkenaan disifatkan sangat melampau khususnya ketika rakyat dibebani pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu.

Sehubungan itu Khairil Nizam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata pihaknya tidak tergak-agak untuk menggerakkan bantahan rakyat sekiranya kenaikan kadar tol berlaku seperti yang dicadangkan.

"Kami juga meminta supaya pihak kerajaan berunding semula dengan pihak konsesi bagi mengelakkan pembayaran pampasan membabitkan ratusan juta sekiranya penangguhan kenaikan kadar tersebut dilakukan pada tahun ini.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia akan berusaha melakukan pelbagai usaha antaranya berunding dengan pihak Kementerian Kerja Raya, pihak konsesi dan juga menggerakkan bantahan rakyat sekiranya cadangan kenaikan ini diterima kerajaan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengesahkan isu kenaikan tol dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lalu namun menegaskan semua butiran mengenai perkara itu masih belum dimuktamadkan.

Dilaporkan juga antara kadar tol yang dijangka meningkat secara mendadak ialah Lebuhraya Besraya yang dijangka naik 70 sen, daripada RM1.30 kepada RM2.
 
Kadar tol Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bakal meningkat sebanyak 60 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.20, Lebuhraya Damansara -Punchong (LDP) akan dinaikkan 50 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.10.
 
Manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (Latar) turut akan mengalami peningkatan sebanyak 50 sen, daripada RM2 kepada RM2.50, dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) naik 60 sen, daripada RM1 kepada RM1.60.
 
Lebuh raya lain yang bakal mengalami peningkatan drastik ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Kulim-Butterworth, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan