Najib - Tun M Diharap Berdamai

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 8:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Di sebalik krisis di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, masih ramai yang menaruh harapan tinggi agar kedua-dua pemimpin ini berbaik semula.

Harapan tersebut tidak hanya datang daripada anggota parti, tetapi turut disuarakan oleh badan-badan bukan kerajaan NGO dan ahli akademik.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah memberi pandangan ikhlasnya mengenai kemelut yang berlaku dengan menyarankan agar Najib ‘menghadap’  Dr Mahathir.

Katanya, pandangan tersebut diberikan kerana berpendapat Dr Mahathir lebih tua berbanding perdana menteri dan pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Pada pandangan saya, ikhlas saya cadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak pergi berjumpa Tun Mahathir.

“Saya minta Datuk Seri Najib yang pergi ‘menghadap’, bukan Tun Mahathir ‘menghadap’ Najib,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke taklimat tertutup Majlis Penerangan Perdana bersama Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Ahad.

Beliau yang juga bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat cara ini merupakan satu-satunya cara penyelesaian terbaik dalam isu ini.

Jelasnya, perbezaan pandangan ini, jika dibiarkan berterusan hanya akan merugikan parti dan banyak pihak.

“Tun Mahathir ni sebenarnya baik hati, tapi dari konsep keluarga, dia lebih tua dan bekas perdana menteri.

“Tak ada apa masalah jika perdana menteri pergi jumpa dan sebagai anak didik Tun M, cuba rapatkan hubungan dan selesaiakan masalah perbezaan pendapat,” katanya.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah yang ditemui di majlis sama berkata adalah menjadi harapan mereka untuk melihat Najib dan Dr Mahathir menyelesaikan kemelut yang berlaku secara baik.

“Kita NGO-NGO mendesak agar perdana menteri mengambil langkah berbaik semula atau menyelesaikan kemelut yang berlaku dengan cara baik dengan Tun Mahathir sebagai seorang negarawan.

“Sudah tiba masanya untuk ‘buang yang keruh dan ambil yang jernih," katanya.

Katanya yang mewakili NGO Melayu di seluruh negara, tidak ada cara penyelesaian lain yang dilihat terbaik melainkan pertemuan secara tertutup diadakan di antara mereka berdua.

Katanya, adalah wajar kedua-dua pemimpin negara itu berbaik semula, bersatu dan berkerjasama di bawah bumbung parti dalam menyatupadukan umat Islam, bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini.

“Sudah tentu penyelesaian terbaik adalah berjumpa. Sama ada penjelasan Perdana Menteri boleh diterima atau tak, terpulanglah kepada Tun Mahathir sendiri,” katanya yang berharap ia dapat dilakukan pada Ramadan dan sebelum Syawal.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan