Laluan Baharu Ke Puncak Kinabalu Bakal Diwujudkan

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 2:19 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu laluan baharu untuk tiba ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter mungkin akan diwujudkan ekoran gempa bumi pada 5 Jun.

Jabatan Mineral dan Jabatan Geosains Malaysia Sabah telah mencadangkan laluan baharu untuk ke Taman-Taman Sabah memandangkan batu tongkol dan batu-batuan lain telah terkumpul di sepanjang laluan lama.

Batu-batuan dan batu tongkol di antara Km6.1 dan Km6.9 (di antara Gunting Lagadan dan Sayat Sayat pondok) boleh menjadi laluan tidak selamat untuk didaki pada masa ini, kata Ketua Jabatan, Jontih Enggihon.

Beliau percaya keadaan tidak stabil batu batuan yang runtuh yang disebabkan oleh gempa bumi boleh runtuh sekali lagi apabila adanya gempa susulan semasa.

Pada masa ini, pendakian Gunung Kinabalu masih tidak selamat dan Taman-Taman Sabah menyedari akan perkara ini.

Enggihon berkata gempa bumi 5.9 magnituditu juga menyebabkan keretakan di lereng gunung dan jabatannya akan bekerjasama dengan Taman-Taman Sabah untuk membina laluan baharu yang lebih selamat.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamil Nais pada Sabtu berkata, kawasan puncak Gunung Kinabalu masih utuh tetapi sebahagian daripada kawasan barat 'Donkey's Ear' dan bahagian puncak Tunku Abdul Rahman itu telah rosak.

Selepas naik ke puncak pada Sabtu untuk memeriksa kerosakan, Dr Jamil berkata mendaki dari Laban Rata ke Sayat Sayat masih berbahaya dan dia tidak mahu sesiapa pun naik ke atas buat masa ini.

Menganggapnya sebagai bahagian 'sungai batu' di mana kebanyakan daripada 18 pendaki terbunuh, beliau berkata terdapat banyak batu berstruktur longgar di kawasan itu.

Beliau berkata bahagian puncak gunung itu sendiri tidak terjejas teruk akibat gempa bumi dan gempa susulan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan