Kementerian Pelancongan Jamin Durian Malaysia Bebas Pewarna Tiruan

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 5:59 PM

Peniaga Elvis Liew menunjukkan buah durian jenis D14 di kedai borongnya dan berpesan agar pelanggan perlu berwaspada dengan durian yang dicat atau dicabut tangkainya kerana ianya merupakan satu taktik yang digunakan untuk menjual buah lama dan rosak. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Pelancongan memberi jaminan buah durian dari Malaysia yang ditawarkan kepada pelancong bebas daripada pewarna tiruan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Dr Junaida Lee Abdullah berkata pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa memantau rapi denganmemastikan bekalan durian diperoleh daripada sumber yang diketahui atau diam bilterus dari dusun terpilih.

"Kementerian yakin durian yang ditawarkan kepada rakyat dan pelancong adalah daripada jenis terbaik dan tiada unsur-unsur yang merosakkan nama baik buah durian kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Durian Homestay Pulau Pinang di Taman Negara Pulau Pinang pada Ahad.

Beliau berkata penganjuran pesta durian sehingga 21 Jun itu menyasarkan menjual 2,000 pakej percutian empat hari tiga malam membabitkan pemilik dusun durian serta 10 pengusaha inap desa di sekitar Teluk Bahang dan Balik Pulau.

"Lebih 18 jenis 'raja buah' yang diketengahkan kali ini antaranya Udang Merah, Hor Lor, Musang King, Gan Ja, Kun Poh, Duri Hitam dan Landak.

Tahun lepaskita berjaya menjual 1,700 pakej menerusi penerbangan sewa khas dari Hong Kongbernilai RM2.8 juta dengan durian yang dijual secara walk-in mencecah RM313,000," katanya.

Baru-baru ini isu buah durian dicelup pewarna tiruan menjadi viral di laman sosial dan didakwa berlaku di negara jiran.

Dalam pada itu, Junaida  optimis sektor pelancongan tidak begitu terjejas dengan kejatuhan ringgit sebaliknya keadaan itu meningkatkan kuasa beli pelancong asing dan menjadi faktor untuk mereka berkunjung dan tinggal lebih lama di negara ini.

Mengulas bencana gempa bumi di Sabah, beliau berkata kementeriannya menjalankan strategi jangka pendek dalam menarik kedatangan pelancong supaya beralih ke negeri sekitar Semenanjung dan Sarawak.

Beliau turut memohon kerjasama pemain industri seperti pemandu pelancong,supaya menasihati pengunjung mengenai pantang larang dan perbuatan yang disifatkan melanggar adat penduduk tempatan untuk keharmonian bersama.

"Kita sentiasa menyambut ketibaan pelancong namun pada yang sama berharap mereka belajar dan menghormati budaya setempat dan program inap desa sebegini diharap membuka ruang untuk pelancong lebih menghayati adat resam kita,"katanya.

Tags / Kata Kunci: durian , pewarna tiruan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan