Tony Fernandes Kecewa Sikap Ahli Politik Di Negara Ini

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 3:15 PM

Tony Fernandes.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan rasa kecewa terhadap ahli politik yang gagal meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka.

Dalam beberapa siri twitnya, beliau mempersoalkan jika terdapat sebuah parti politik di Malaysia yang akan meletakkan kepentingan rakyat melebihi cita-cita mereka sendiri.

"Ini adalah keadaan yang amat pelik di Malaysia. Tidak ada akauntabiliti. Tiada siapa yang mendahulukan rakyat. Ia adalah tempoh yang mengecewakan.

"Kerajaan dan pembangkang menghabiskan banyak masa terhadap bangsa dan agama. Adakah terdapat sebuah parti di Malaysia yang betul-betul mendahulukan rakyat.

"Pendidikan yang baik, hospital yang baik, pengagihan kekayaan yang adil, ekonomi yang mencipta banyak peluang pekerjaan, kerajaan bersih dan jujur. Kepimpinan yang telus," kata beliau dalam laman Twitternya.

Beliau turut menceritakan kejayaan syarikat penerbangannya dengan berkata: "Dimana semua rakyat Malaysia menghormati budaya dan agama antara satu sama lain tetapi bekerjasama untuk manfaat semua. Jika anda memerlukan contoh, lihatlah AirAsia.

Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , AirAsia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan