Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Tarif Elektrik

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 4:34 PM

Maximus Ongkili
(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Kerajaan mengulangi jaminan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau menjelaskan walaupun di bawah sistem mekanisme ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) kadar tarif perlu disemak setiap enam bulan, namun semakan itu tidak melibatkan kenaikan tarif.

Melalui ICPT, katanya semakan kadar tarif akan dibuat pada Julai depan.

"Kalau perlu ada kenaikan kerajaan akan tanggung sebab sudah diputuskan tiada kenaikan, jadi kita tunggu selesai penilai ICPT pada bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival YaHijau di sini, Sabtu.

Bagaimanapun beliau meminta orang ramai berjimat dalam penggunaan tenaga dan  mengelakkan pembaziran.

Tags / Kata Kunci: Elektrik

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan