Sekolah Aliran Inggeris: Ibu Bapa Sokong Gesaan Sultan Ibrahim

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 9:02 AM

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa menyokong gesaan Sultan Johor agar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di sekolah.

Shirley Tan berkata beliau menyokong sepenuhnya gesaan tersebut.

"Saya sentiasa percaya sistem pendidikan di Singapura dan kita tidak boleh nafikan bahawa mereka lebih bagus," kata Tan yang juga guru bahasa Inggeris.

Namun, Tan yang mengajar di SMK USJ 12 di sini berkata Bahasa Melayu perlu diberikan penekanan di sekolah kerana bahasa tersebut merupakan sebahagian daripada identiti nasional kita.

Pada Khamis, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memberitahu The Star bahawa Malaysia seharusnya menerima pakai dasar pendidikan Singapura yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kerana ia berkesan dalam menyatukan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Sementara itu, Chanthra Balasingam dari Kuala Lumpur berkata beliau pasti akan menghantar anak-anaknya ke sekolah kebangsaan aliran Inggeris.

"Kini, segalanya dalam Inggeris. Mempunyai subjek dalam Inggeris memberi pelajar lebih masa untuk berlatih bahasa tersebut," kata Chanthra, seorang pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah kolej di Petaling Jaya.

Kenneth Adrian Emuang, bapa kepada tujuh anak berkata, memperkenalkan sekolah aliran Inggeris tidak mudah kerana Kementerian Pendidikan perlu melakukan banyak perkara.

"Namun ia satu keperluan untuk memacu negara kita," kata ahli perniagaan berusia 51 tahun itu.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata mempunyai sekolah aliran Inggeris adalah sesuatu yang tidak mustahil.

"Jika semua guru sudah bersedia dan dilatih sebelum rancangan itu dilaksanakan, menjadikan Inggeris sebagai bahasa pengantaraan di sekolah tidak akan menjadi masalah," katanya.

Beliau berkata, terdapat 'sebab yang baik' untuk gesaan ini.

Katanya, menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, tempoh pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah mungkin tidak mencukupi untuk pelajar menguasai pengunaan bahasa tersebut.

"Jadi, PAGE sentiasa menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris," katanya.


Tags / Kata Kunci: PAGE , sekolah aliran Inggeris , Sultan Johor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan