Phahrolrazi Umum Tubuh Parti Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Ummah Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang mesra pembangkang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Kedah  itu, parti baharu berkenaan bakal memainkan peranan yang dimainkan PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini.

Sehubungan itu beliau yang merupakan bekas Exco kerajaan negeri ketika Kedah ditadbir PAS turut mencadangkan penubuhan gabungan pakatan pembangkang baharu tanpa penyertaan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"PasMa ambil keputusan bahawa sebuah parti politik baharu perlu ditubuhkan. Peranan PasMa dalam parti baharu ini supaya memastikan ia mengambil kesinambungan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat seperti persetujuan yang dibuat sebelum berlaku krisis.

"Kita juga ambil pendirian bahawa sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan. Ia akan dianggotai DAP, PKR dan parti baharu itu nanti," katanya pada sidang media selepas Wacana PasMa Nasional ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat di sini, lewat petang Sabtu.

Mengulas lanjut Phahrolrazi berkata, parti baharu yang dicadangkan PasMa itu akan disertai beberapa anggota NGO lain yang mesra pembangkang.

Malah beliau turut mempelawa bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini supaya menyertai parti itu itu nanti.

"PasMa akan bersama NGO lain yang pro-pakatan dan juga bersama dengan individu atau pimpinan kumpulan progresif yang tewas pada pemilihan PAS yang lalu untuk menjadi penaja dalam penubuhan parti baharu yang akan mengambil tempat PAS dalam pakatan rakyat baharu.

"Sudah ada satu, dua pemimpin PAS yang tewas hubungi saya, mereka beri tanda positif ke arah itu. Kita bagi masa untuk mereka berfikir selepas mengalami kekalahan teruk. Kita alu-alukan mereka sertai parti itu," katanya sambil menambah bahawa PasMa akan kekal sebagai sebuah NGO.

Ditanya mengenai konsep parti itu nanti, Phahrolrazi berkata: "Ia sebagai sambungan daripada PAS yang ada DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) yang mainkan peranan penting.

"Jadi saya nak cadangkan supaya parti ini lebih terbuka, membolehkan kaum lain turut serta sebagai ahli parti."

Tambah beliau, jawatankuasa penaja parti baharu itu dijangka akan dibentuk selepas sambutan Aidilfitri Julai depan.

Tags / Kata Kunci: Pasma , Politik , PAS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan