Jangan Panik, Berwaspada Hadapi Sebarang Kemungkinan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihati penduduk di daerah-daerah yang berisiko dilanda gempa bumi supaya tidak panik dan berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

"Pada masa sama, saya juga meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mengedarkan berita atau gambar gempa bumi yang tidak berkaitan dengan kita.

"Dalam keadaan sekarang, kita perlu bekerjasama dan saling membantu ke arah  yang positif dan bukan menimbulkan kebimbangan dan kritikan yang tidak berasas mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program di PPR Taman Murni di sini, Sabtu.

Musa berkata beberapa daerah di Sabah masih mengalami gegaran susulan selepas gempa bumi pada 5 Jun lepas termasuk gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, pada 2.29 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak 6.2 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud, Sabah dan gegarannya dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Pada 5 Jun lepas, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di  Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada pukul 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu.

Lapan belas orang - empat malim gunung dan 14 pendaki - terbunuh dalam gempa bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China.

Tags / Kata Kunci: Sabah , Gempa Bumi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan