Kebakaran Moscow: Bapa Bangga Ada Anak Seperti Rajesh

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 9:37 AM

TINGGAL KENANGAN... Krishna menunjukkan potret Rajesh.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sebelum keadaannya semakin tenat, pelajar tahun akhir jurusan perubatan, Rajesh Kumar telah memanggil ibu, bapa dan neneknya.

"Dia juga menyebut bahawa mahu menumpukan hidupnya untuk kerja kebajikan," kata bapanya, Krishna Kumar Mohamlal, 52.

Rajesh, 25, merupakan pelajar kedua Malaysia yang maut akibat kebakaran yang berlaku di asrama kampus Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU) pada 23 April lalu.

Pada 5 Mei lalu, Nor Atikah Ali, 25, maut akibat komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki.

Rajesh meninggal lebih sebulan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Moscow akibat komplikasi paru-paru dan jantung.

Mayatnya tiba di sini pada Jumaat dan kemudiannya disemadikan di Tumpat.

Suasana suram menyelubungi kediaman Krishna dimana isterinya, Khailas dan tiga lagi anak mereka dilihat tidak dapat menahan kesedihan.

"Apabila dia memangil kami, saya tidak pernah gembira. Keadaannya bertambah baik pada satu peringkat tetapi hari ini dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," kata Khailas.

Krishna dan Khailas berlepas ke Moscow sebanyak dua kali untuk melawat anak lelaki mereka dengan meluangkan masa selama 15 hari di sana.  

“Rajesh dijadualkan pulang ke tanah air pada hujung bulan depan selepas tamat peperiksaannya.

"Impian saya untuk melihatnya menjadi seorang doktor tidak pernah kesampaian tetapi sebagai seorang bapa saya amat berbangga mempunyai anak lelaki sepertinya," kata Krishna.

Adik bongsu Rajesh, Dimple, seorang pelajar jurusan pergigian di Universiti Padjadjaran, Bandung berkata dia amat rapat dengan Rajesh.

"Abang saya sepatutnya menamatkan pengajian pada Julai tahun depan dan dijangka kembali ke sini untuk menjalani latihannya," kata Dimple.


Tags / Kata Kunci: Rajesh Kumar , maut , kebakaran Moscow

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan